Pages

Selamat datang ke blog momo_geun,jika tak faham rajin-rajinlah bertanya.sila tinggalkan komen sebelum bersurai.kalau nak copy tutoial sila bagi oppss credit link

mengapa harus menutup aurat??





Assalamu'alaikum w.b.t kepada semua pembaca. Hari ini saya ingin menyentuh serba sedikit tentang bab aurat. Na'uzubillah..wanita dunia hari ini semakin lupa akan tanggungjawab ini. Bukanlah tujuan saya ingin memperli mana-mana pihak tetapi saya ingin berkongsi sesuatu dengan anda semua dari apa yang saya baca dan apa yang saya lihat.

Sememangnya ramai wanita Islam diluar sana yang memandang remeh tentang etika berpakaian dan berhias diri mengikut Islam. Mungkin ada yang tidak tahu, atau sengaja tau tapi malu untuk melaksanakannya? Dengan berkembangnya pengaruh Barat dan unsur globalisasi sekarang ini, semakin ramai anak muda, walhal ada di antara sahabat-sahabat sekolah saya juga, makin tersasar. 

Kalau dulu kat sekolah, ada dikuatkuasakan pemakaian tudung, alhamdulillah pemandangan yang biasa dilihat. Kadang-kadang terkejut juga bila di luar ketika bukan waktu sekolah atau cuti, ramai yang tak bertudung sahaja. Itu baru bab tudung. Pakaian saya tak nak cerita. Nak ditegur kawan, salah tegur lain jadinya. Sekarang diluar kawalan sekolah, masing2 dah masuk universiti, bekerja, sedih melihat kawan-kawan ini tidak bertudung juga. Sukar sebenarnya nak menegur dengan berhikmah. Bagi yang faham, alhamdulillah.

1 comment:

<3assalamualaikum...sila tinggalkan komen anda di sini
<3kalau suka LIKE ya...
<3insyaallah komen anda dilayan :)

>And lastly...tq for coming to my blog....
~love you~